Friday, June 19, 2009

Pesan Buat Anakku




Assalamualaikum

Pesan buat anakku

Anakku,
Ketahuilah kehidupan ini hanya sementara cuma,
Keindahan yang kau kecapi hanya pinjaman belaka,
Di suatu hari yang telah ditetapkan, segalanya akan musnah,
Impian dan cita-cita yang dikejar tiada ertinya lagi,
Di situlah persimpangan , antara syurga dan neraka,

Anakku,
Dengarlah pesan mama,
Jangan kau leka dengan kehidupan dunia ini
Ingatlah tujuan kau dijadikan
Mengabdikan diri pada Tuhan,
Memuja dan memuji Kebesaran Tuhan,
Menggeruni Kekuasan Tuhan,
Mencintai dan merindui Tuhan,
Di sana nanti kau pasti bertemu denganNya

Anakku,
Jangan kau abaikan dunia ini,
Berusahalah untuk memenangi cabarannya,
Jadilah hartawan yang dermawan,
Jadilah ilmuan yang beriman,
Jadilah pemimpin yang adil,
Jadilah anak yang soleh,
Kau pasti dilindungi dari dunia hingga akhirat,

Anakku,
Dalam perjalananmu di dunia ini,
Kau pasti bertemu onak dan duri yang akan menyakitkanmu,
Tapi janganlah kau takut atau gentar,
Kerana itulah lumrah dunia

Anakku,
Jangan kau lupa yang kau juga akan diduga
Dengan janji-janji manis dunia
Maka janganlah kau tertipu,
Ingatlah asalmu
Dan kembalilah ke pangkal jalan.

Anakku,
mama dan papa akan sentiasa mendoakan keselamatanmu
dari dunia hingga akhirat

Wednesday, June 17, 2009

Dunia





Assalamualaikum wbt



DUNIA

Asal manusia dari akhirat
Hadir ke dunia
Hentian kedua selepas rahim ibu
perjalanan kian mencabar
ada yang gagal ada yang berjaya

Alhamdulillah, bagi yang berjaya
kasihan ..
bagi yang gagal,
gagal dalam menghadapi cabaran dunia

Apakah erti kejayaan?
Bagaimana pula erti kegagalan?

Kejayaan bermaksud berjaya menjalankan perintah Tuhan,
gagal bermaksud, gagal dalam melaksanakan perintah Tuhan.

Kasihan sungguh manusia,
Ramai yang alpa dan leka dengan dunia
sehingga mengabaikan perintah Tuhan,
lalu gagal dalam kehidupan dunia
lalu apakah yang akan dibawa pulang ke alam akhirat sana?

Wahai pejuang-pejuang yang ingin berjaya!
Bersabarlah kamu dengan onak dan duri dunia
asalkan kamu ingin berusaha,
kejayaan pasti milik kamu!

Tuesday, June 9, 2009

Qurratu ayyun

Assalamualaikum gambar amna nak solat isyak



Siang malam pagi dan petang

Siang malam pagi dan petang,
Putaran hari 24 jam
Si pencari harta, si pengejar tahta, si muda, si sibuk,
kalut ketidakecukupan waktu,
Si tua, si miskin, si lapar, si penunggu,
terlalu gundah kerana panjangnya perjalanan masa.

Siang malam pagi dan petang,
Putaran hari 24 jam
Ahli maksiat sibuk dengan maksiatnya
Ahli ibadah sibuk dengan ibadahnya
Ahli perniagaan sibuk dengan perniagaannya
Ahli politik sibuk dengan politiknya
Anak murid sibuk dengan pelajarannya

Arus kehidupan yang ditempa
Sentiasa mengejar angan dan cita
Kebenaran tak seindah bayangan
Kenangan tinggal kenangan

Bagai putaran roda
Kejayaan kegagalan silih berganti
Menghiasi hidup hingga ke mati

Kehadiran orang baru





Assalamualaikum wbt
Lama betul tak update blog. Hari ni baru ada masa nak meng'update. Just nak upload gambar akmal, masa ni baru 2 bulan.
Nama Penuh : Mohd Akmal Haris bin Mohd Aminudeen.
Tarikh lahir : 1 April 2009
Berat lahir : 3.7 Kg
Sekarang berat dah cecah 6 kg.
Akmal baik orangnya. Tak kacau mama dia buat correction thesis. Dia banyak tidur siang...malam pun tak nangis sangat. Alhamdulillah, semoga Akmal jadi anak yang soleh, pintar dan berbudi bahasa. Alhamdulillah, semoga Allah terus memberi kesihatan dan perlindungan kepadanya.