Friday, July 31, 2009

Majlis perkahwinan adik-adikku

Assalamualaikum wbt


Setelah 2 minggu berlalu, barulah ada kesempatan untuk aku menaip tentang majlis perkahwinan adik-adikku, deris dan idah. Majlis pernikahan deris selamat disempurnakan pada 12 Julai 2009, manakala majlis pernikahan idah seminggu selepas itu. Apa2pun, semuanya dah selamat. Di sini antara gambar-gambar sekitar majlis yang sempat diambil. Gambar2 daripada jurukamera profesional belum lagi diterima. Buat masa ni, just tunjuk yang ini dulu...




Antara yang menjadi perhatian, my princess; nurul as a flower girl.


Idah dan izam bersanding dalam set keemasan...


Deris dan zura serba coklat....

NJelas kesayuan di wajah ayahanda....


Bersemangat betul deris melantak semasa majlis santap berdamai dua mempelai....agaknya dia lupa kot yang dia tu pengantin...


Dari kiri, dian, ida, herni, cik katir...anak-anak saudaraku, sepupupuku dan mak sedaraku...akmal kelihatan sedih dalam pangkuan herni,...agaknya sedih sebab mamanya tak layan dia sangat...maklumlah bz melayan tetamu...kesian akmal. Sebenarnya akmallah yang paling berkorban untuk majlis ini ...merelakan mamanya menguruskan majlis jadi sempurna...thanks akmal..mama love u..

Hantaran dari pihak idah untuk izam...disaksikan oleh the flower girl....


Sisterhood.....my cute princesses

Antara tetamu yang menyertai santap damai.....


my girl.......

Friday, July 10, 2009

tips menghadapi anak demam panas

Assalamualaikum wbt

Menghadapi anak demam memang membimbangkan, apatah lagi sekarang ni macam2 penyakit yang membawa maut memiliki simptom2 demam panas, seperti denggi, meningitis, H1N1 dsb. Sebagai ibubapa, adalah sangat penting mengetahui langkah-langkah awal dalam menghadapi situasi ini.

Tanda-tanda demam panas:

1. Suhu badan cecah 37°C dan ke atas.
2. Badan dan kepala hangat, tp tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan. (kalau boleh sentiasa monitor jgn bg kaki sejuk. cuba panaskan kaki/tgn dia)
3. Badan tak berpeluh. Kaki, tgn sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tgn, muka, kaki dh biru tu cpt2 la bwk ke klinik/ hospital..)
4. dan.. dia pun akan merengek2 sbb badan dh tak selesa

Apa yang perlu dilakukan jika anak demam panas?
1. periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama pd sebelah malam krn menurut kata nurse kat hospital, kalau mlm lagi cpt suhu meningkat... kadang-kadang kita tak perasan) Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita sukat suhu anak dh sampai 37°C tu cepat-cpat la balut dia dgn kain basah. (satu lg, jgn selimut anak dgn kain tebal bila anak kita start demam. konon2 nk keluar peluh. sebaiknya, biar dia pakai nappy je dan tutup dada dgn kain kecik supaya dada tak sejuk-takut asma. sbb kalau kita selimutkan dia, takut lagi panas bdn dia. unless selimutkan dgn kain basah)

2. Kalau anak dah start demam panas, balut badan nya dgn kain basah. Mandikan dia dgn air sejuk. Mula siram kan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dgn kepala.

3. Kalau suhu badan anak tak turun juga, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut tu, masukkan lah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bw ke klinik, bg doktor buatkan...

4. Kalau anak demam panas, jgn biarkan... sentiasa monitor suhu nya. Kalau boleh simpan termometer dan ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sblm refer anak ke klinik.

Apa nak buat kalau anak dah kena sawan tarik di rumah?

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.
2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih tu... Jgn bg dia tertelan air liur dia sendiri sebab bleh menyebabkan dia mati lemas/ tercekik.
3. Jgn bg anak ketap gigi.. takut terketap lidah dia...
4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tgh kejang, bg dia sedar dulu pastu basahkan kaki dia dgn air sejuk. Bila dia dah sedar/ menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).
5. Kalau takde ubat buntut kat rumah, bila anak dh sedar tu.. cepat-cepat bw ke klinik. Doktor akan bg rawatan selanjutnya.

(waktu anak kejang tu... seluruh badan dia kejang... so jgn goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Pastu cpt-cpt sedarkan dia dgn cara mandikan dgn air sejuk. Alirkan air dr kaki dulu dan ke atas... dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang tu, otak dia berhenti dr menerima oksigen. Sbb tu even kita dh bg rawatan di rumah, still kene bw ke klinik/ hospital utk dpt bantuan oksigen. Otak kalau tk dpt oksigen mencukupi dlm masa singkat bleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab tu bahaya sgt-sgt kalau anak dh kene kejang nih.....
Sawan ni mungkin boleh dtg balik bg anak-anak yg pernah kene masa demam panas. So setiap kali anak demam, sentiasa la monitor suhu dia. )


wallahualam

Thursday, July 9, 2009

hasil kerja

Assalamualaikum wbt


Sedang asyik menatap gambar-gambar dari h/p suami, tetiba aku tertarik pada satu shot...

hasil kerja nurul....ditampal dibilik tidurnya

Hujung minggu memang aku selalu mengajak nurul membuat aktiviti kreatif seperti melukis, gunting-gunting dan tampal-tampal kertas dan sebagainya.

Biasanya kalau tak keluar shopping, masa ku penuh melayan mereka... mengaji, solat berjemaah, disamping mengajaknya sama-sama mengajar si adik2nya , amna dan akmal mengenal objek. Biasanya nurul akan sibuk mengajar akmal mengenal objek secara mempamerkan flash card yang aku buat sendiri. Nurul akan tolong aku buat flash card.



Tuesday, July 7, 2009

teman....

Assalamualaikum WBT
Manusia dicipta untuk diuji di dunia ini. Ramai yang sedar akan hakikat ini dan tidak kurang juga yang lupa. Walau iman setebal manapun, manusia yang lupa akan hakikat qada' dan qadar pasti akan goyah dengan ujian Allah. Namun, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang semula. Marilah sama-sama kita saling ingat mengingatkan, bantu membantu dan hormat menghormati agar sama-sama selamat dalam menempuh perjalanan hidup ini.
Kesyukuran yang tidak terhingga kupanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dikurniakan teman hidup, keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu dikala aku susah dan senang. Saling bercerita dan mendengar, saling berpesan dan mengingati dikala aku tersilap langkah. Menetapkan semangat agar sentiasa maintain...
Meskipun rakan-rakan seperjuanganku bakal berpindah tempat kerja, tetapi kenangan bersama mereka takkan aku lupakan hingga ke akhir hayat. Semoga akan bertemu semula di mana-mana.


Friday, July 3, 2009

Amaran stunami akibat gerhana matahari

Assalamualaikum WBT

Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan alam ini. Tiada satu kuasapun yang dapat menandingi kekuasaan Allah SWT. Pagi ini aku menerima satu edaran risalah, amaran berjaga-jaga akan berlakunya kejadian stunami akibat fenomena gerhana penuh matahari, yang dijangka berlaku pada 22 Julai 2009 jam 3 petang waktu Jepun. Bermakna jam 4 petang waktu malaysia.



Laporan lengkap dalam ;

http://eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html

Salah satu tanda-tanda akan berlakunya hari kiamat adalah kerap berlakunya fenomena gerhana...

Firman Allah;

" Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru hara dan balasan akhirat) mereka bertanya ( secara mempersenda): " bilakah datangnya ( hari akhirat)yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar( maka kami sedia menunggu)!". Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang - ( dengan secara mengejut)- akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar ( merundingkan urusan dunia masing-masing)." ( Surah Yaasin ayat 48 dan 49)

Wallahualam...marilah sama-sama berdoa semoga Allah melindungi kita dari kemurkaanNya.

-ummu Muhammad


Quake and Tsunami Predicted on July 22 2009

Hello there. I just wanted to let you know that please stay away from the beaches all around in the month of July. There is a prediction that there will be another tsunami or earthquake hitting on 22 July 2009. It is also when there will be sun eclipse. Predicted that it is going to be really bad and countries like Malaysia (Sabah & Sarawak), Singapore, Maldives, Australia, Mauritius, Sri Lanka, India, Indonesia, Philippines are going to be badly hit. Please try and stay away from the beaches in July. Better to be safe than sorry. Please pass the word around. Please also pray for all beings.

Quake and Tsunami Predicted 22 July 2009



The eclipse quake theory is as follows, When the gravitational force of the sun and moon are both pulling on a plate that has not had series of recent earth quakes, the extra pull is all that is needed to "pop the seam" and cause a major quake.

6+ Magnitude Quake on 22 July 2009 at 3:00 pm Local Japanese time. This will be follower by two level 5+ Earthquakes and a Tsunami between 5:00 pm and 7:00 pm. The tsunami will start out in the pacific ocean (to the South East of Japan ... Along the fault line) and hit all the islands to the south west of Japan, Indonesia and even reach New Zealand. The major quakes will actually be along the fault lines in the Ocean. The theory that the gravitational pull of the Sun and Moon pulling together will do the following things.

1. Lift the tectonic plates

2. Cause the tide to rise more than usual

3. Cause an underground molten magma tide to dip and raise the plates following the water tide.

Taken all the time data from the Nasa eclipse site into an excel spread sheet four the four tectonic plates in the region. Assumed an hour delay for each event following the lunar eclipse, and then summed the values. I assumed that the events would last longer for the fluids, water and molten magma than for dry land. And then summed the values four all 4 plates where Japan sits.

The theory is based on gravitation pull and the earth's tectonic plates A solar eclipse means that the moon is blocking the sun. The moon has enough gravitational pull to cause the tides other natural phenomena on earth. The sun has enough gravitational pull to keep the earth in orbit. The theory is that during a solar eclipse, the moon has the Sun's added pull on the earth's tectonic plates. When the Sun and Moon are together on one side of the planet, they pull together and lift up the earth's tectonic plate, just beneath the eclipse. This causes the plate to shift upward, and then an earth quake when the lifted plate gets the little extra push (lift) it needed to move over its neighboring plate. The theory may be hair brained, or it might actually have some pull to it. (pun intended) I'd like to do a simulator game to find out.


Making the simulator The TGEA model earth would be a basic dts sphere. It would then have some curved meshes (dts objects) mounted to on it to simulate the shifting continental plates. The model earth and moon would respond to real game physics for gravity to simulate an orbit. The dts mesh plates would also respond to the gravitational pull of the sun and moon. In the TGEA simulation, the sun could simply be a fixed gravitational spot (and source of light). Some plates are known to be on top, and others to be on the bottom where they meet, so this is kind of important. To do it right, the tectonic plate meshes would need to have collision detection much better than a simple bounding box. It can't be built to actual scale (distance between a scaled down version of the earth and moon is too great for a basic TGEA map), and the physics can only approximate the real pull... but a basic approximation of the theory could be done.
Earth Plate Tectonics

Then you feed in the eclipse data so the moon is orbiting correctly... and let the simulation begin on a certain date. Eclipse and earth quake data below.

Quote : On Wednesday, 22 July 2009, a total eclipse of the Sun is visible from within a narrow corridor that traverses half of Earth. The path of the Moon's umbral shadow begins in India and crosses through Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar and China. After leaving mainland Asia, the path crosses Japan's Ryukyu Islands and curves southeast through the Pacific Ocean where the maximum duration of totality reaches 6 min 39 s. A partial eclipse is seen within the much broader path of the Moon's penumbral shadow, which includes most of eastern Asia, Indonesia, and the Pacific Ocean.


eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html

earthquake.usgs.gov/eqcenter/recenteqsus/Maps/US2/43.45.-111.-109_eqs.php

Thursday, July 2, 2009

Ilmu dan kehidupan

Assalamualaikum

Setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan kehadrat Allah SWT kerana telah memberi peluang kepadaku untuk berada di dunia ini. Limpahan nikmat dan kurniaNya yang tak terhingga mengundang rasa gerun dalam diriku. Pelbagai bidang ilmu yang kupelajari, pengalaman yang aku lalui, mengajar aku erti hidup di dunia ini.





hakikatnya, ilmu yang bermanfaat akan menjanjikan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dengan adanya ilmu, akhlak manusia akan bertambah mulia, menjanjikannya kedudukan yang tinggi di sisi Allah dan makhlukNya.




Namun begitu, perjalanan mencari ilmu sangat beronak duri. Ranjau berduri harus ditempuhi dengan sabar dan tabah. Kegigihan menempuh cabaran menjanjikan kejayaan di kemuadian hari.




Tiada yang lebih utama dalam mencari ilmu selain kesabaran. Kekalkan akhlak mulia dalam mencari ilmu, insyaAllah, pasti akan diredhaiNya. Tiada siapa yang lebih berkuasa didunia ini selain Allah, Tuhan yang Satu. Bersabarlah wahai pejuang-pejuang ilmu.

oleh : Ummu Muhammad