Monday, December 28, 2009

Majlis pernikahan anak saudaraku...Herni

Assalamualaikum wbt
Sekitar majlis pernikahan Herni yang berlangsung pada 27 December 2009. Sorang lagi kerabatku mendirikan masjid....
Pasangan mempelai dalam set kelabu silver


Upacara batal air sembahyang ...tak sangka dah jadi isteri orang dah anak saudaraku ini...


menandatangani surat nikah ...sayu je wajah abang iparku...ayah herni ( baju purple)


Antara tetamu yang hadir


kaum kerabatku..hehe ..berdiri belah kiri : Hizam(suami idah), duduk belah kiri: papa nurul, deris, duduk belah kanan: bapak, idah, zura (isteri deris), pie, berdiri depan : amna, nurul, amir ( anak pie)

Friday, December 18, 2009

Bumi mengelilingi matahari atau sebaliknya..

Assalamualaikum wbt
haii...dah berapa minggu aku tak update blog...lepas raya haji terus bz dengan techpos....
cuma malam ni budak tidur awal so aku ada masa nak update sikit.


Just nak share... hari ni aku saje2 tunjuk pada Nurul apa itu bumi dan bagaimana bumi mengelilingi matahari. Antara soalan yang nurul timbulkan ialah bumi tu apa , matahari apa...then sapa yang jadikan matahari dan bumi ...sudah diagak jawapan....apalagi .." Allah yang menjadikan alam ini termasuk bumi dan matahari" ....lalu soalan yang biasa juga didengar dariapda seorang kanak-kanak..." sapa yang jadikan Allah?" ...Fuhh...berbelit lidahku nak menerangkannya....

Sejak kecil lagi memang kita tak menyangkal kepercayaan bahawa bumi mengelilingi matahari....malah segala bentuk gambar, animasi, pengajaran dalam buku teks sekolah rendah, menengah, malah majalah terkini pun sebulat sepakat menyatakan bumi mengelilingi matahari...malah tersangat janggal sehingga seperti membawa ajaran sesat sekiranya menyatakan bahawa " matahari mengelilingi bumi".
Namun hari ini aku terkejut apabila beberapa blog ada mempersoalkan kesahihan bumi mengelilingi matahari...antara blog yang berkaitan adalah...

http://zulkarnain.blogsome.com/2006/09/05/benarkah-bumi-mengelilingi-matahari/
http://alislamu.com/index.php?Itemid=31&id=913&option=com_content&task=view

Wallahua'lam ..hanya Allah yang mengetahui kejadian sebenar...
Namun perselisihan pendapat ini berlaku mungkin ada hikmahnya....mungkin inilah peluangnya kajian dalam bidang angkasa lepas perlu lebih agresif dan kreatif lagi?...