Assalamualaikum wbt
Just nak ambik masa sikit untuk mencoret something dalam blog ini. Beberapa peristiwa yang aku lalui kebelakangan ini membuatkan aku terfikir banyak kali. Actually, dah lama aku buat tak kesah dengan keadaan sekeliling. mungkin sebab bz siapkan thesis, anak dan sebagainya.
Kisah pertama adalah berkaitan masalah penyewa rumahku di kota damansara: yang memang tak pasti apa kesudahannya. Sebenarnya, selain daripada bab duit sewa dan bil2 yang tertunggak, ada perkara lebih berat yang aku tak boleh terima, iaitu niat dia yang ingin mengkhianati aku sejak dari awal lagi. Tutur dan raut wajah yang manis sewaktu merayu untuk menyewa rumahku dan meminta aku melengkapkan rumah dengan pelbagai kelengkapan agar dia dapat bayar dengan sempurna adalah tipu daya semata-mata. Setiap bicaranya yang nampak ikhlas dan bersungguh-sungguh mengatakan dia ada masalah kewangan mendadak dan minta masa untuk menjelaskannya rupa-rupanya bohong belaka. Seseorang telah menghubungi aku dan mengatakan aku kena temberang mentah-mentah. Di depanku, lembut gigi dari lidah, tetapi di belakangku, bagaikan pedang yang menikam. Aku seolah-olah rasa terancam dan laporan polis telah dibuat. Biar! Biarpun dia perempuan yang baru melahirkan anak, dah hilang kesian aku pada dia. Semoga Allah memelihara bayi dan anaknya daripada kejahatan ibunya. Bagi aku, tak dapat balik bayaran tunggakan pun takpe asalkan dia tinggalkan rumah aku secepat mungkin. Ngeri aku nak berurusan dengan orang yang tak normal macam tu. eiii...
Bila bercerita bab perempuan, ada banyak perkara kompleks yang susah nak dihuraikan. Baru-baru ini aku terbaca email seseorang dalam satu mailing list, berbunyi : "Pada saya ..Perempuan ni paling berguna semasa "process buat anak" je..
ataupun kekasih ataupun teman... Selain daripada itu ..
Buat sakit kepala je ...(Atas dan bawah)" : oleh ZulHB.
ataupun kekasih ataupun teman... Selain daripada itu ..
Buat sakit kepala je ...(Atas dan bawah)" : oleh ZulHB.
Bagi aku kenyataan ini seharusnya diperbetulkan dengan menambah perkataan 'sesetengah' yang menjadikan ayatnya begini : Pada saya, sesetengah perempuan ni paling berguna...bla bla...
Bagi aku , setiap perempuan normal akan marah dengan kenyataan ZulHB ini, biarpun hakikatnya memang betul ada sesetengah perempuan yang memeningkan kepala, ( mungkin atas sahaja, atau bawah sahaja atau kedua-duanya). Tetapi perlu diingat tidak semua perempuan mendatangkan masalah, sebaliknya merekalah yang menyelesaikan masalah.
Di sini, aku tidak akan bercakap mengenai perempuan atau lelaki yang baik2, perempuan atau lelaki yang mulia, perempuan-perempuan atau lelaki lelaki syurga, bidadari syurga dan sebagainya kerana semua orang telah maklum, mereka adalah kekasih Allah. Bercakap mengenai perempuan yang bermasalah, aku tidak bias pada sesiapa lantaran aku seorang perempuan. Berdasarkan kecetekan ilmu dan kedangkalan akal, aku masih boleh berlaku sedikit adil. Ini kerana aku bersetuju terlalu ramai perempuan yang memeningkan kepala lelaki , atau ibubapa, atau kaum perempuan sendiri atau sesiapa sahaja termasuk haiwan dan makhluk tak bernyawa. Dengan mengambilkira kenyataan ZulHB, fenomena ini betul, tetapi mesti ingat, lelaki adalah salah satu penyumbang sebab perempuan berperangai buruk. Antara sebab2 tersebut adalah;
1. Si Lelaki ( suami, teman lelaki) itu sendiri yang memeningkan kepala si perempuan tersebut ( samada atas sahaja, bawah sahaja atau kedua-duanya)
- contoh fenomena : sikap panas baran, sikap tidak matang dari segi membuat keputusan, lembab dan tidak ambilkisah dengan perkara penting seperti urusan anak dsb..
2. Si lelaki ( suami atau teman lelaki) tersebut mengambil kesempatan ke atas kebaikan perempuan
- contohnya : mengambil kesempatan ke atas harta/duit isteri atau teman wanita,
3. Si lelaki membebankan isteri dengan kerja2 luar dan rumahtangga, sedangkan dia goyang kaki tengok tv dan baca suratkhabar.
- akibat dari terbeban kerja, si isteri menjadi terlalu penat dan tertekan, jadi pemikiran tidak menjadi stabil lalu akan memeningkan si suami ( terutamanya) , dan bila si suami ingin menunaikan hajat nafsunya, pasti si isteri menolak atau tak boleh well perform.. si suami pasti marah kerana tak puas hati dengan layanan batinnya...
4. Si lelaki ( dah sedar tak boleh berlaku adil zahir dan batin) lantaran kecetekan ilmu dan kemiskinan harta, ada hati nak berkawin lebih dari satu pasti akan dihamun oleh isteri pertama, yang mana akan mendatangkan kepeningan kepada si suami tersebut
- Sebab isteri mengamuk sebab suami nak kawin lagi satu ialah, apabila si suami berkawin no.2, kebajikan isteri pertama dan anak2 daripada isteri pertama terabai. ** Bagaimanapun , bagi isteri yang memang menyakini suami mereka akan berlaku adil, tidaklah dia akan menghalangi niat suci suaminya untuk berkawin lain dgn tujuan untuk membantu**
Dan ada banyak lagi sebab-sebab yang datang dari lelaki yang menyebabkan perempuan berperangai yang tidak disenangi lelaki.
Antara kesimpulan yang boleh kita ambil tentang fenomena ini:,
1.sesetengah perempuan berperangai buruk adalah disebabkan lelaki mereka ( suami atau teman lelaki ) yang berperangai buruk.
2. Mereka akan kembali normal sekiranya hak mereka dikembalikan
3. Sekiranya mereka hanya mendiamkan diri walaupun telah dipergunakan oleh lelaki yang berperangai buruk, maka mereka telah ditindas dan amat kesianlah perempuan2 yang tertindas ini.
Dan....situasi ini pasti tidak ada kesudahannya sehinggalah berakhirnya hayat mereka di dunia ini dan cerita-cerita atau fenomena2 ini pasti akan sentiasa hadir menghiasi dunia ini hingga kiamat.
Bercakap mengenai lelaki dan perempuan yang berperangai buruk , biarpun bukan dari sebab pasangan mereka , aku setuju memang ada ramai sejak dari mula sampai sekarang dan akan berterusan hingga ke hari kiamat. Antara sebab mereka berperangai buruk, ( menurut kecetekan ilmu dan kedangkalan akalku ) adalah:
1. Ketandusan ilmu, terutama ilmu akhirat
2. Ketandusan iman
3. Terpengaruh dengan persekitaran, dan tiada kesedaran untuk bertaubat
4. hitamnya hati kerana terlalu banyak buat dosa
5. dll lagi
Kesimpulannya, kenyataan ZulHB yang aku utarakan di atas tadi seharusnya ditulis begini:
" Sesetengah lelaki dan perempuan paling berguna masa process buat anak sahaja, ataupun kekasih , ataupun teman dan selebihnya memeningkan kepala sahaja....( atas dan bawah) , dan sesetengah lelaki dan perempuan langsung tidak berguna biarpun untuk apa sahaja sekalipun selain dari menyusahkan orang lain, Tetapi sesetengah lelaki dan perempuan ada yang bekerjasama antara satu sama lain, saling melengkapi dan memahami, untuk membawa dan mengekalkan keharmonian di dunia ini hingga ke akhirat.."
Biarpun lelaki atau perempuan, perhitungannya tetap sama, balasannya tetap sama, beban tugas tetap sama, yang membezakan hanyalah jantina yang membawa peranan yang berbeza.
wallahualam
2 comments:
kak salmah..
parents wanie pun ade pengalaman ngan penyewa tak nak bayar sewa ni...rumah kat taman melawati...hampir setahun dia duduk free..suruh keluar dia taknak...sampai parents wanie terpaksa jual rumah tu sebab nak suruh dia keluar...tu pun dia taknak jugak..dia siap minta pampasan lagi sebab suh dia keluar...untuk deposit sewa rumah baru kata nye..geram betul wanie ngan org tu..sayang je rumah tu kena jual...pakai keta perdana, sewa rumah tak nak bayar...siap menyorok2 lagi bila kitorang datang rumah...rumah rosak teruk bila dia keluar tu...kalau wanie, mmg tak halalkan dia dok free rumah tu..parents wanie tak taula
teruknya penyewa rumah wanie tu, kenapa diorang sume perangai macam tu yek? kalau kita yang menyewa rumah orang atleast kita ada rasa tanggungjawab nak bayar kan..sebab org dah bagi kita rumah so kita kena bayarla....diorang tak sedar diri agaknya ...diorang ni tak malu agaknya..
Post a Comment