Showing posts with label Luahan hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan hati. Show all posts

Tuesday, November 24, 2009

peringatan bagi mereka yang lupa

Assalamualaikum wbt
Kehidupan dunia yang fana....hargailah kehidupan ini...dengan kehidupan dunia inilah kita memperolehi kecemerlangan akhirat. syurga di dunia akan musnah di hujung usia...tetapi syurga akhirat akan kekal selamanya.....kemewahan tanpa kesyukuran tidak akan menjanjikan kebahagiaan malah akan menambahburukkan huru hara di dunia...syukurilah nikmat yang Allah kurniakan ...syukurilah untuk diri kita...untuk generasi masa depan...untuk sejagat...
Memewahan...

limpahan makanan ....

Pembaziran......


tangisan si kecil....

kelaparan memaksanya memungut makanan....


mereka longlai....


dia tidak berdaya...


DON'T waste FOODS any more........ ......... .....
DON'T waste FOODS any more,
DONATE for needy


HEAL THE WORLD

There´s a place in your heart
And I know that it is love
And this place could
Be much brighter than tomorrow
And if you really try
You´ll find there´s no need to cry
In this place you´ll feel
There´s no hurt or sorrow

There are ways
To get there
If you care enough
For the living
Make a little space
Make a better place

Heal the world
Make it a better place
For you and for me
And the entire human race
There are people dying
If you care enough
For the living
Make a better place
For you and for me

Wednesday, November 11, 2009

Tak habis-habis dengan kerja

Assalamualaikum wbt

Manusia dihidupkan di dunia ini adalah untuk mencari keredhaan Allah walau dengan apa cara sekalipun, baik dengan menggunakan tenaga, fikiran, masa apatah lagi dengan wang ringgit dan harta. Oleh sebab itu tidak hairanlah jika manusia sentiasa sibuk....sibuk dengan ibadah, kerja, belajar dsb...termasuklah aku ...yang tak habis-habis dengan kerja. Entah bilalah aku nak update blog nih betul-betul..hehe..lepas buat correction tesis, kena buat jurnal pulak, buat kerja management pulak ..dan ntah apa-apa lagi. hakikatnya kerja memanjang sampai ibadah yang khusus jadi tunggang langgang....manusia manusia ...tak habis-habis dengan dunia...di akhirat nanti macamana nak jawab dengan Tuhan..dengan soalan tentang masa muda dan umur kita? Whatever...kerjapun ibadah juga...yang penting keikhlasan kita ...
Astaghfirullah ala'zhim...sama-samalah kita muhasabah diri

Tuesday, July 7, 2009

teman....

Assalamualaikum WBT
Manusia dicipta untuk diuji di dunia ini. Ramai yang sedar akan hakikat ini dan tidak kurang juga yang lupa. Walau iman setebal manapun, manusia yang lupa akan hakikat qada' dan qadar pasti akan goyah dengan ujian Allah. Namun, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang semula. Marilah sama-sama kita saling ingat mengingatkan, bantu membantu dan hormat menghormati agar sama-sama selamat dalam menempuh perjalanan hidup ini.
Kesyukuran yang tidak terhingga kupanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dikurniakan teman hidup, keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu dikala aku susah dan senang. Saling bercerita dan mendengar, saling berpesan dan mengingati dikala aku tersilap langkah. Menetapkan semangat agar sentiasa maintain...
Meskipun rakan-rakan seperjuanganku bakal berpindah tempat kerja, tetapi kenangan bersama mereka takkan aku lupakan hingga ke akhir hayat. Semoga akan bertemu semula di mana-mana.


Friday, November 21, 2008

Aku terima nikahnya

Assalamualaikum wbt


Nampaknya akupun sama macam aimi, tertarik dengan buku Ust Hasrizal bertajuk " Aku terima nikahnya". akupun sebenarnya tak berniat nak update blog lagi dlm minggu ni, tp disebabkan terpanggil untuk mengulas sedikit apa yang terkandung di dalam, aku luangkan sedikit masa di t/hari jumaat yang mulia ini.
Sekilas membaca bab2 terawal berkisar dengan alam praperkahwinan, rasa terharu tiba-tiba hadir. aku terbayang saat2 aku dan suami yang masa tu sama2 menuntut di bumi sakura ( Jepun) .. aku di Oita, dia di Shimane....kalau naik keretapi 10 jam baru sampai. tapi takdir Allah telah mempertemukan kami dalam perkumpulan usrah. Jarak perjalanan yang jauh tidak menghalang anak-anak malaysia daripada bertemu dan berkumpul untuk menyemarakkan kem-kem ibadah . Tiada yang istimewa dapat diceritakan bagaimana ikatan janji boleh termeterai antara aku dan bakal suami ( masa tu), selain, rasa persaudaraan dan fikrah yang sama, meskipun kami tahu kampung kami berjauhan, aku johor, dia kelantan. Kenangan pahit manis suka duka sewaktu melayari alam praperkahwinan tetap lekat dalam ingatan. Segalanya tidak dapat dipisahkan dari perkumpulan sahabat- sahabat sefikrah, usrah, study, assigment, malah cabaran-cabaran luaran dan dalaman. Alhamdulillah, aku dan dia telah melaluinya dalam batas syariat yang nikmatnya kami rasa hingga kini. Alhamdulillah, hanya rasa syukur dan puji bagi Allah yang dapat kami ucapkan.
Kini telah 5 tahun usia perkahwinan kami. Segala suka duka, dugaan dan cabaran, pahit maung dalam kehidupan berumahtangga tidak dapat dielak oleh sesiapa sahaja. Hanya berpegang pada prinsip, " rumahtangga di kemudi oleh dua peranan, cinta dan tanggungjawab ( bak kata Ust Hasrizal), cinta akan mengemudi bahtera rumahtangga apabila dia mekar, dan apabila dia layu, tanggungjawab akan memainkan peranan". Iman dan kepergantungan kepada Allah merupakan elemen terpenting dalam memastikan bahtera terus berlayar tenang. Kesederhanaan dalam perbelanjaan, perhiasan,perhubungan, merupakan elemen teknikal yang sangat penting.
Sekarang ni aku tengah hamil 5 bulan anak yang ketiga. Sungguh cepat masa berlalu. Nurul Mardhiah pun akan masuk tadika tahun depan, Nurul Amna pulak dah menampakkan potensi nak ikut si kakak. Cerdiknya bukan main. Nama pun kanak-kanak.. umur sekitar 5 , 6 tahun ke bawah merupakan satu tempoh di mana kecerdikan kanak-kanak di tahap yang paling tinggi. Sewaktu inilah segala input yang diterima mereka akan dihadam dengan cepat dan lahir dalam perlakuan mereka seharian, melalui tindakan dan pertuturan. Tempoh ini kita sebagai ibu bapa mesti mengambil kesempatan mengajar, mendidik, memberi input yang baik-baik, supaya biarlah ia input pertama yang mereka terima untuk setiap topik kehidupan. Sekiranya mereka menerima input yang salah, agak sukar bagi kita untuk memperbetulkan kesalahan tersebut.
Bercakap tentang kanak-kanak, tiada lain dapat digambarkan kecuali ia adalah bukti-bukti kebesaran Allah. Sepanjang aku dan suami dikurniakan 2 orang dan bakal menjelang 3 insyaAllah, banyak keajaiban2 yang sukar kami tafsirkan. bayangkan seorang bayi yang baru lahir beberapa saat, sudah berasa kelaparan dan memiliki daya menghisap susu yang kuat. bayangkan bagaimana puting si ibu boleh luka lantaran kuatnya hisapan si bayi. Maha suci Allah, hanya Allah sahaja yang memberi wahyu kepada si bayi untuk menghisap susu. bayi akan menangis dan menjerit sekiranya dia kelaparan dan keinginannya terhadap susu tidak dilayan. Ini salah satu tanda yang bayi tersebut telah memiliki emosi dan nafsu, padahal ia baru berusia sehari, sejam atau kurang sejam di dunia ini.
Banyak lagi keajaiban2 yang tersurat dan tersirat yang insyaAllah akan aku ceritakan di topik-topik akan datang.

Friday, November 14, 2008

topikku hari ini

Assalamualaikum wbt

Ada beberapa topik yg aku lalui hari ni,
pertama - berkaitan ceramah MEMS yang disampaikan oleh Dr Burhanudin UKM. Ceramah dia telah menambah kefahaman aku ttg bidang ini dan memberi semangat untuk terus bersama pasukan MEMS di Malaysia ni .

Topik kedua, berkaitan real estate bisness yg aku handle sekarang ni. Bukan rumah sapa pun ..rumah aku sendiri di Kota Damansara yang aku sewakan. Penyewanya dah 4 bulan tak bayar sewa...so hutang dia dah rm4K. aku pulak kena bayar installment bank. mana nak cekau duit nih....actually aku dah bagi surat notis sampai hujung bulan ni...dia mesti keluar. Tp confirm dia tak kan keluar sebab dia nak tunggu habis pantang, iaitu hujung disember. Bila aku request bayaran sewa, dia janji nak bayar. Itupun aku cuma nak minta rm1.5K je mintak dia bayar dulu minggu ni coz aku nak cover bank. tp malangnya dia tutup hp dan sorang lg pulak ignore dan buat bodoh je. Karang aku berkeras suruh dia keluar jugak hujung November ni, dengan tidak kerelaan dia....aku rasa kejam sgt. aku pulak yg rasa tak patut. sedih dan marah jugak..

Apa yg patut aku lakukan? serba salah betul.

Tp aku pasti sekiranya aku memberi peluang kepada orang lain, org akan bagi peluang pada aku dan Allah akan menambah rezeki aku ....emmm entahlah...hopefully segalanya akan menjadi baik.

wallahualam.