Tuesday, July 7, 2009

teman....

Assalamualaikum WBT
Manusia dicipta untuk diuji di dunia ini. Ramai yang sedar akan hakikat ini dan tidak kurang juga yang lupa. Walau iman setebal manapun, manusia yang lupa akan hakikat qada' dan qadar pasti akan goyah dengan ujian Allah. Namun, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang semula. Marilah sama-sama kita saling ingat mengingatkan, bantu membantu dan hormat menghormati agar sama-sama selamat dalam menempuh perjalanan hidup ini.
Kesyukuran yang tidak terhingga kupanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dikurniakan teman hidup, keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu dikala aku susah dan senang. Saling bercerita dan mendengar, saling berpesan dan mengingati dikala aku tersilap langkah. Menetapkan semangat agar sentiasa maintain...
Meskipun rakan-rakan seperjuanganku bakal berpindah tempat kerja, tetapi kenangan bersama mereka takkan aku lupakan hingga ke akhir hayat. Semoga akan bertemu semula di mana-mana.


No comments: