Thursday, July 2, 2009

Ilmu dan kehidupan

Assalamualaikum

Setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan kehadrat Allah SWT kerana telah memberi peluang kepadaku untuk berada di dunia ini. Limpahan nikmat dan kurniaNya yang tak terhingga mengundang rasa gerun dalam diriku. Pelbagai bidang ilmu yang kupelajari, pengalaman yang aku lalui, mengajar aku erti hidup di dunia ini.





hakikatnya, ilmu yang bermanfaat akan menjanjikan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dengan adanya ilmu, akhlak manusia akan bertambah mulia, menjanjikannya kedudukan yang tinggi di sisi Allah dan makhlukNya.




Namun begitu, perjalanan mencari ilmu sangat beronak duri. Ranjau berduri harus ditempuhi dengan sabar dan tabah. Kegigihan menempuh cabaran menjanjikan kejayaan di kemuadian hari.




Tiada yang lebih utama dalam mencari ilmu selain kesabaran. Kekalkan akhlak mulia dalam mencari ilmu, insyaAllah, pasti akan diredhaiNya. Tiada siapa yang lebih berkuasa didunia ini selain Allah, Tuhan yang Satu. Bersabarlah wahai pejuang-pejuang ilmu.

oleh : Ummu Muhammad

1 comment:

Noor Aimie said...

Miss them so much la k salmah.. (husband akk taklah..ahak).. ntah bila nak jumpe derang.. dah besar dah si amnah tu.. rambut pun ah sampai bahu dah.. cam tak sesuai je.. haha..