Friday, January 29, 2010

Januari 2010- azam baru

Assalamualaikum wbt

Sedar tak sedar dah nak abis dah bulan januari 2010 dan minggu depan dah nak masuk bulan baru. Banyak perkara tertangguh yang aku lalui tahun- tahun sebelum ni, dapat akhirnya aku settlekan dalam bulan ni ..alhamdulillah...antaranya;

pertama : tesis master...setelah bertahun-tahun aku bertungkus lumus mengharungi pahit getir kehidupan..akhirnya dapat aku sudahkan dengan sempurna dalam bulan ni ...selebihnya aku tawakal semoga ada rezeki bagiku untuk graduate dalam tahun ni.

kedua: persekolahan nurul : alhamdulillah aku telah mendaftarkan sekolah darjah satu ( sesi 2011) di sekolah kebangsaan bangsar....alhamdulillah masih ada peluang walaupun bilangan pendaftaran yang ke-100 ( lebih) kot...harap-harap dapat sekolah bangsar jugak...tak nak jauh dari rumah. dalam masa yang sama nurul sekarang dah pindah sekolah Tadika...dulu tadika perpaduan...tapi sekarang PASTI.....alhamdulillah ...balik rumah jer terus mengalunkan zikir munajat ...surah lazim pun dah boleh baca...

ketiga : aku sepatutnya settlekan imunisasi akmal dalam minggu lepas ...malangnya buku rekod hilang ntah kemana...akhirnya kujumpai ia kat lab ni ....rumah kedua ku lah katakan..haihh.....buat appointment dengan ela hari isnin....1 feb ..kl cuti hari wilayah...suka hati je....maklumlah dr ela kawan aku je ...boleh suka2 hati datang bila2 masa...hehe

keempat : hampir terlupa ...annivesary perkahwinan ku yang keenam hari sabtu lepas ...23 Januari. dah 6 tahun usia perkahwinanku...lebih matang, lebih cool, lebih harmoni...dan lebih-lebih lagi.....

Pada tahun ini aku berazam untuk lebih kerja keras lagi ...dari segi pendidikan dan pelajaran anak-anak, kerjayaku, kerjaya abang, kehidupan kami, kehidupan adik-adik kami, bapak, ma ngan abah....lebih sederhana , lebih peka....tambah simpanan, tambah investment...

aku harap tahun ni dan tahun-tahun akan datang lebih ceria, lebih bertenaga, lebih bersemangat...dan lebih mendekatkan diri pada Allah. tambah amal ibadah, tambah sedekah jariah, infaq untuk jalan Islam .....jiwa yang lebih kental...maklumlah makin tahun, umur makin bertambah, makin dekat dengan mati.....

Antara yang patut dilakukan tahun ni .....daftar peserta haji...ada rezeki bila-bila boleh pegi ....
bla bla...lagi ...aisehh...banyaknya benda nak buat ...mana satu ni ,...mudah2an Allah permudahkan urusan....biar kita cerita akhirat dulu....cerita dunia memang banyak nak digarap....

wallahualam

Friday, January 8, 2010

Rahsia alam, solat dan kehidupan

Assalamualaikum wbt

Untuk Muslimin&Muslimah(dipetik dari sumber cyber..)

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan’ syariat solat oleh Allah SWT tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayangNya sebagai pencipta kerana Dia tahu hambaNya ini amat memerlukannya.