Friday, June 19, 2009

Pesan Buat Anakku




Assalamualaikum

Pesan buat anakku

Anakku,
Ketahuilah kehidupan ini hanya sementara cuma,
Keindahan yang kau kecapi hanya pinjaman belaka,
Di suatu hari yang telah ditetapkan, segalanya akan musnah,
Impian dan cita-cita yang dikejar tiada ertinya lagi,
Di situlah persimpangan , antara syurga dan neraka,

Anakku,
Dengarlah pesan mama,
Jangan kau leka dengan kehidupan dunia ini
Ingatlah tujuan kau dijadikan
Mengabdikan diri pada Tuhan,
Memuja dan memuji Kebesaran Tuhan,
Menggeruni Kekuasan Tuhan,
Mencintai dan merindui Tuhan,
Di sana nanti kau pasti bertemu denganNya

Anakku,
Jangan kau abaikan dunia ini,
Berusahalah untuk memenangi cabarannya,
Jadilah hartawan yang dermawan,
Jadilah ilmuan yang beriman,
Jadilah pemimpin yang adil,
Jadilah anak yang soleh,
Kau pasti dilindungi dari dunia hingga akhirat,

Anakku,
Dalam perjalananmu di dunia ini,
Kau pasti bertemu onak dan duri yang akan menyakitkanmu,
Tapi janganlah kau takut atau gentar,
Kerana itulah lumrah dunia

Anakku,
Jangan kau lupa yang kau juga akan diduga
Dengan janji-janji manis dunia
Maka janganlah kau tertipu,
Ingatlah asalmu
Dan kembalilah ke pangkal jalan.

Anakku,
mama dan papa akan sentiasa mendoakan keselamatanmu
dari dunia hingga akhirat

1 comment:

Eisha said...

rambut amna da panjang la