Friday, November 7, 2008

Hujung Minggu di Cameron Highlands

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah setelah lebihkurang 2 bulan tertangguh akibat kesibukkan yang tidak dapat dielakkan, akhirnya berkesempatan juga aku menjenguk blog ini. Dapatlah aku mencoret sedikit sebanyak pengalaman percutian hujung minggu kami di Cameron Highlands.
Aku plan untuk ke Cameron dah lama, tapi masa saja yang tidak mengizinkan. Tapi kali ini tiba-tiba suami memberi 'green light' untuk bercuti hujung minggu. Mungkin kerana dia sengaja nak entertain kami, kerana dia sendiri baru balik dari Tokyo 2 hari sebelum tu.
Pagi sabtu kami bertolak dari KL lebih kurang jam 8 pagi . Mulanya nak keluar lebih awal, tapi biasalah, bila dengan kerenah anak-anak, jadual jadi terganggu. So, kami ikut Plus highway dan exit Simpang Pulai . Ramai yang menasihatkan kami supaya melalui jalan Simpang Pulai kerana ia lebih mudah dan lurus. Alhamdulillah, jam 12 t/hari kami selamat sampai di destinasi pertama, Kampung Raja.

Persinggahan pertama kami adalah Green View Garden, sebuah ladang sayur dan strawberry. Keluar dari kereta, kami merasakan tiupan angin dingin meskipun cuaca agak panas ketika itu. Seperti yang diperkatakan, suhu di sini tidaklah sedingin dulu. Mungkin kerana pemanasan global membuatkan suhu Cameron meningkat. Di ladang tersebut kami melihat sendiri bagaimana sayur-sayuran hidroponik dan strawberry ditanam. Sayur-sayur hidroponik pula dijual dengan harga rm2 sepokok. kami sempat menikmati aiskrim strawberry yang dibuat secara tradisional.



Destinasi kedua kami adalah Cameron Bharat Tea House, terletak tidak jauh dari Brinchang.
















Tea house ini menyediakan pelbagai jenis teh dan cenderahati dengan harga yang berpatutan. Bangunannya dibina bersebelahan ladang teh yang menghijau. Sempat kami berposing, merakamkan keindahan yang terbentang.
















Setelah hampir 20 minit meninjau kesegaran yang menghijau, kami mengorak langkah ke pusat penanaman orkid yang terletak berhampiran. Kepelbagaian orkid memukau pandangan. Walaupun harganya tidaklah berbeza berbanding di tempat lain, tetapi kualitinya tampak lebih hebat. Mungkin kerana suhu yang sederhana membuatkan pokok-pokok tersebut tumbuh segar. Aku sempat menjamah tomato ceri yang dijual dengan harga rm3 bagi 1/2 kg. Memang terasa kelainan, daripada yang dijual di kedai di KL. maklumlah, yang ini baru dipetik dari pokok.














Dengan bayaran rm150 semalaman tanpa sarapan pagi, bilik yang kami tempah dilengkapi dengan 2 buah katil queen size dan bilik air siap dengan TV. Tiada kelengkapan aircond disediakan kerana sememangnya tempat ini tidak memerlukan air-cond. Lantai yang dipijak juga terasa seperti air batu, apatah lagi air yang keluar dari pili. Nasib baik disediakan air panas, tidaklah kami sukar untuk mandi.


Setelah hampir 1 jam berehat dan solat, kami keluar ke restoran berhampiran kerana sejak tadi belum menjamah makanan tengahari. Di cameron tidak banyak restoran melayu yang kelihatan, tapi kami beruntung kerana hotel kami berhampiran dengan sebuah restoran Melayu. bagaimanapun, waktu kami tiba, keadaan sangat sesak kerana sebuah rombongan sedang menikmati juadah tengahari mereka. kami terpaksa menunggu selama 1/2 jam, sebelum didatangi pelayan yang mengambil order. Nasib baiklah kami bersabar.



Jam telah menunjukkan jam 6petang dan tak banyak tempat yang boleh kami lawati. Hanya sempat singgah di kedai, sempat membelikan nurul belon strawberry yang banyak dijual di sini. Aku pula sempat beli 2 peket strawberry just nak makan-makan.
Lepas singgah di Pusat penanaman kaktus, kami pulang ke hotel untuk solat maghrib. Malamnya kami hanya melawat pasar malam Brinchang yang menyediakan pelbagai barangan terutama sayur-sayuran dan buah-buahan. Aku pula memborong sayur, jagung, bunga dan pelbagai lagi barang. Semuanya dijual dengan harga yang sangat berpatutan, tak mungkin dapat dibeli di tempat lain.




Hari ahad , kami check out hotel jam 9.30 pagi. Cuaca agak sejuk kerana hujan pada malam semalamnya. Setelah bersarapan, kami merancangan untuk pergi ke BOH Plantation. jalanraya agak sesak kerana masing-masing dengan niat yang sama, untuk menikmati keindahan Cameron highland. Boh Plantation terletak 2km dari jalan utama. Menyusuri lereng bukit yang sempit dan curam, sungguh menyeramkan terutama apabila berselisih dengan kenderaan dari arah hadapan. Bagaimanapun tidak dapat dinafikan keindahannya dengan kehijauan ladang teh yang terbentang saujana mata memandang. Ditambah lagi dengan udara yang nyaman menyegarkan, aku seperti berada di dalam filem hindustan. Nasib baiklah ada 2 orang si kecil kami yang menghalang kami berhenti di lereng bukit tersebut. kalau tak, sure aku dan suami akan berposing bak hero-heroin hindustan..











Lebihkurang 20 minit menyusuri pergunungan teh, kami sampai ke pusat operasi Boh Plantation. Terdapat kafe, dan kedai menjual pelbagai perisa Teh Boh. kami juga melawat kilang pemprosesan dan pengeringan dan dapat melihat sendiri bagaimana teh di kilangkan. Wangian yang menusuk terlalu kuat sehingga kami tak tahan duduk lama di dalam kilang.

















kami menghabiskan masa lebih 1 jam di Boh Plantation. Rancangan kami masih banyak untuk melawat tempat-tempat lain di cameron ini, tetapi masa mencemburui. Akhirnya kami terpaksa akur dan memilih destinasi terakhir kami adalah Ladang strawberry Hj Al Mansoor. Di situ aku membeli 2 peket strawberry segar untuk dibawa pulang ke KL.

Perjalanan pulang kami melalui jalan menuju ke Tapah. Bagai dikatakan ramai orang, perjalanan yang dihadapi sungguh sukar kerana keadaan jalan yang bengkang bengkok dan sempit serta gaung di tepi jalan. Aku mula terasa pening dan mabuk, begitu juga Nurul dan Amna. Aku meminta izin suami untuk memandu bagi mengelakkan kepeninganku bertambah teruk. Bagaimanapun amna dan nurul tetap pening sehingga termuntah beberapa kali. Aku sendiripun termuntah walaupun aku yang memandu kereta. Bagaimanapun kami bersyukur, dengan kesukaran yang kami hadapi, kami dapat melihat-lihat perkampungan dan gerai-gerai orang asli disepanjang jalan. Inilah yang dinamakan bercuti, walaupun sukar tapi kami seronok.

Wallahua'lam



7 comments:

Eisha said...

rajin2 la update:)

faraulah said...

beshnyer dapat bercuti se family...bile nak ada family sendiri ni..huhu

Anonymous said...

Dengan ini saya memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran ketawa dan mengusik cara penulisan akak. Maaf jika ini mengguris hati akak. Teruskan usaha yang tulus dan murni ini. Semoga semua perkongsian dapat memberikan manfaat kepada pembacanya.

p/s: faraulah n eisya, jawab pun kene ikut style penulis la

faraulah said...

Cik Brightnur..

terima kasih di atas teguran yang membina dari anda, saya mohon maaf kepada tuan rumah, di atas keterlanjuran gelak, teruskan usaha anda untuk berblog...semoga blog kita semua tergolong dalam blog idol

Salmah Karman said...

Terima kasih kerana mengkomen blog akak. Insyaallah akan lebih rajin update. Didoakan semoga kak Mah cepat dpt family sendiri. brightnur, maaf mu diterima.inilah jalan memperbaiki mutu penulis-penulis di Malaysia...huhuhu semoga semua terus aktif memblog

Eisha said...

ok saya pun ingin memohon maaf atas ketelanjuran gelak yang boleh mengguris hati awak

wanie said...

dah besar dah amna..seronoknye bercuti2